Langsuyr
Langsuyr Official Website
MetalTerus.com.my
bg
LANGSUYR live in Ipoh!
05/26/2007 03:00 PM - DNA PIAZZA
Ipoh Garden Plaza, Jln Ipoh Garden, Ipoh, Perak.

Cost:RM20

Description:Supporting REPUBLIC OF BRICKFIELDS. Guests : The A.C.A.B., Bittersweet, Tthe Aggrobeats, Pyron, The Times, LANGSUYR. | 0 Comment
Langsuyr Live At Planet Hollywoods
10 june 2006 | More Info | 0 Comment
The Day After Tomorrow
24 june 2006 | More Info | 0 Comment
Asyik
Liberalisasi Songsang
Bedal
Sunut
Kau Racun
Mata Air
Asyik
Muzik: Bentara/Azmaniac Lirik: Bentara

i. kelibat

Ini irama asyik
Berbayangkan salam
Berbisikkan angin
Di malam yang kelam

Kias kedengaran
Bersulamkan dengan
Ghazal nan masyuk
Dibalik kealpaan

Berbisiklah lagi
Angin yang lalu
Di satu persimpangan
Menghala ke selatan

Wajahmu masih kelam
Kelibatmu (tetap) dikejar
Arus yang berdendang
Tarian tiada tara

Apakah rahsia, di sebalik wajahmu
Tersembunyi dari pandangan
Lapan belas ribu makhluk

Cahayamu menyinar
Menerangi ruangan
Berlari-lari anak
Menyalahi sang onak

Kakiku tak terdaya
Mengejar bayangmu
Berdarah yang menyucuk
Melumpuh pergerakanku

Berselisih
Urat dan tulang
Berseteru
Masa yang cemburu

Kelibatmu menyerah
Di waktu yang terang
Kelibatmu menyerang
Di waktu yang kelam

Apakah rahsia, di sebalik wajahmu
Tersembunyi dari pandangan
Lapan belas ribu makhluk

Solo: CDNaz

ii. Laila Majnun

Malam yang terang, siang yang kelam
Persis lawan arah timur dan barat
Makan tak kenyang, dahaga tak hilang
Melutut menyerah, hilang harapan

Haruman bertukar menjadi kalut
Tidur yang nyenyak tidak mujarab
Lara dan duka yang lama tersirat
Tersurat dengan panasnya hijab

Kelam terang ini mataku berserabut
Kata itu hud hud, yang rosak itulah hatimu
Minum ini air yang membersihkan geloramu
Harus keluar dari jalan ini yang berselirat

Laila si nama yang terawang-awang di ruangan
Majnun si gila yang mengejar si bayangan
Kelam kelibut jalan yang nak dituju
Yang mana sebetulnya arah yang benar?

Gelora hatiku
bukan mainan
Rinduan kalbuku
Memakan fikirku

Siapa antara
Kalian semua
Yang pulih sedar
Tidak terlena?

iii. kelam/terang

Persis lampu neon
Yang menerangi persimpangan
Arahnya ada
Tapi tiada kesampaian ke hujung
Yang berselirat jerih
Yang terlindung pedih
Yang dikendong jatuh
Yang dikejar hilang dimana

Berseloka apa di waktu ini
Masa yang mendekat
Tapakku dihadapanku
Menyimpang dari tujuan

Melutut keletihan
Kelibat kehilangan
Persis ombak melandai
Hilang terus dari pandangan


iv. seloka leka bernyawa

Buah cempedak diluarlah pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan ditanggung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas bolehlah dibayar
Hutang budi dibawalah mati

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan diapun makan
Suruh mengaji dia tak mau


v. akhir tamu

Rupanya arah yang dicari
Ada dalam diri
Tersembunyi seketul daging
Yang meransang amalan

Hitam ia, hitamlah aku
Putih ia, putihlah aku
Usaha menggilapkan
Daging yang seketul

Perjalanan yang lama pun terhenti
Disaat dan diketika ini
Penat keringat terlupa
Arah telah bercahaya

Naikkan darjatku
Melambung-lambung
Terawang-awang
Sahut-menyahut

Malam ini kuserahkan, seluruh jiwa ragaku
Kehidupanku yang kelam, mati yang entah bila

Linangan air mata, mengiringi tangisanku
Terimalah si hina ini
Betulkan percakapanku
Perbetulkan amalanku
Terimalah diri ini
Yang penuh dengan noda

Solo: CDNaz
Liberalisasi Songsang

Solo: Bentara

Liberalisasi apa yang kau maksudkan
Dalam terjemahan kabur sempitmu
Tenggelam dalam sumber inspirasi
Siang meraba terpegang kepalsuan

Kau kata kanan yang sebenarnya ke kiri
Kau beralasan modenisasi
Rasional yang sekejap timbul selalunya tenggelam
Asal saja boleh jadi kawan

KORUS
*Noktah yang sempit berkecamuk
Relevan yang bersimpang siur
Hanyut dalam lajunya arus
Rasional palsu peganganmu

Itu garisan yang kau jejaki
Tersimpang dari radius hakikat
Semakin dijejaki semakin mencambah
Semakin hanyut semakin kaotik (repeat * 2X)

Gah kau mendabik dada seolah kelompok itu milikmu
Yang sebenarnya kau tenggelam dalam fantasi babymu
Atas nama fikiran terbuka kau lantang bersuara
Terlupa akhirnya itu semua akan meninggalkanmu, SENDIRI!

Solo: Azmaniac

Itu garisan yang kau jejaki
Tersimpang dari radius hakikat
Semakin dijejaki semakin mencambah
Semakin hanyut semakin kaotik (repeat *)
Bedal

Lirik: Bentara

Panas terik kilauan mentari
Menambahkan sakit di hati
Berpinar muka menahan geram
Dek si bebal yang seorang

Nak dikatakan bebal
Rupa wajah segak sekali
Membawa mulut kesana kemari
Menjaja fitnah sampai ke luar negeri

* Merisik berbaurkan RM
Sengihan yang bertambah dajal
Mengekek, menempek, berlumpur…

Selidiknya entah?
Yang panas terkini?
Dijaja berita yang entah siapa
Paku, hammer, steamroll, roller coaster!

Hantam…. Bedal… Balun… Bebal…!
Bedal… Balun… Bebal…Hantam…!
Balun… Bebal…Hantam … Bedal…!
Bebal…Hantam … Bedal… Balun…!

Solo: Azmaniac

Jalan-jalan ditengah kota
Ditanya kamu siapa?
Kenapa kamu begini?
Kamukah yang di dalam paper?

Nak dikatakan bebal
Rupa wajah segak sekali
Membawa mulut kesana kemari
Menjaja fitnah sampai ke luar negeri (Repeat*)

Patutnya kepalamu diseligi
Di starlight, dihantuk ke dinding
Sampah yang disensasikan
Dua-dua sama kebiolannya

Solo: Bentara

Hantam…. Bedal… Balun… Bebal…!
Bedal… Balun… Bebal…Hantam…!
Balun… Bebal…Hantam … Bedal…!
Bebal…Hantam … Bedal… Balun…!

Sakei!!!!
Sunut
SUNUT
Lirik: Bentara Music: Azmaniac


Bapakku marahlah lagi
Habeshhh Cd dibakar
Habeshhh zineku dibakar
Habeshhh tshirt dibakar

Bapakku marahlah lagi
Habeshhh demo dibakar
Habeshhh poster dibakar
Habeshhh gitar dibakar

KORUS
Kalau ini macam lebih baik aku jadi Mat Dangdut..!!!
Jadi Mat Disko!!!
Jadi Mat Pop Indon!!!
Jadi Mat Hip Hop!!!
Jadi Mat Racing!!!
Jadi Mat Pet!!!
Jadi Bohjan!!!

(ulang sampai habeshhh…)
Kau Racun

Muzik: Bentara Lirik: Bentara

Solo: Bentara
Yang mana yang mana, yang mana satu?
Yang mencari arah, arah tersungkur
Yang terhilang punca, menjadi punca
Yang tersepit luka, manis tersenyum dia

Bisa saja aku mengerahkan seluruh keringat dalamanku
Bisa itu belum dipastikan racun ataupun madu

Solo: Azmaniac
Yang mana yang mana, yang mana satu?
Yang mencari arah, arah tersungkur
Yang terhilang punca, menjadi punca
Yang tersepit luka, manis tersenyum dia

Kapan akan tiba masa untuk kita mengelamun romantika?
Kapan putih yang tersedia untuk membalut tubuhmu

Soalnya siapa? Dimana? Apa dia?
Jawabnya entah siapa! Entah mana! Dia siapa?
Tersenyum, melirik, menjeling, merisik
Tertawa, berdekah, bersungguh, berdarah!

Kau,
Racun dalam dahagaku
Madu dalam setiap mimpiku
Racun dalam fikiranku
Madu dalam setiap langkahku

Biarkan ianya pergi, menuju arah tak pasti
Biarkan ianya tersenyum, simpul yang tersembunyi
Biarkan ianya gagah, membanting sinar mentari
Biarkan ianya parah, tertanam jauh ke dalam bumi!!!
Mata Air

Muzik : Azmaniac Lirik: Bentara

Siang malam mengenangkan, tidak mengenal waktu
Basah bibir jadi kering, tak sudah menyebut namamu
Mandi tidak basah, makan kenyang tidak hilang
Bumi dipijak tidak nyata, terbayangkan bersamamu

*Hebatnya cinta si Majnun dan Laila
Terawang di angkasa!
Ombak, gemuruh, berdentum di hati yang pasrah

Duduk berdiri baring, terlena yang seketika
Namun ingatanku, meluntur tidak pernah
Apakah ini bernama cinta, cinta yang mana satu?
Satu satunya bukan dua, putih umpama salju
(repeat *)

Solo: Bentara

Duduk berdiri baring, terlena yang seketika
Perjalanan tampak jauh, tidak terkejar aku
Penantian tiada hujungnya, lemah seluruh anggota
Bumi dipijak tidak nyata, terbayangkan bersamamu
© All Right Reserved